Kenapa Emas

Mengapa Perlu Menyimpan Emas

Sebelum anda mengetahui cara-cara BAGAIMANA membuat keuntungan dengan emas, adalah penting bagi anda mengetahui MENGAPA anda perlu menyimpan emas. Ini kerana, faktor MENGAPA adalah sangat penting untuk diketahui terlebih dahulu. Dengan mengetahui faktor MENGAPA anda perlu menyimpan maka adalah mudah bagi anda menyingkap rahsia pelaburan emas.

MENGAPA anda perlu menyimpan emas?
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan

Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.
Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh
dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun
sebagai wang. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:
1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.

Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

WANG KERTAS BUKAN PENYIMPAN KEKAYAAN YANG TERBAIK.
Wang kertas boleh dibinasakan dengan mudah.
Cuba anda pegang wang kertas RM50 seperti ini..
Ia hanyalah sekeping kertas yang dicetak nilainya RM50. Sesiapa yang memiliki wang kertas ini adalah orang yang memiliki kekayaan sebanyak RM50.
Soalan: “Boleh tak anda ‘musnahkan’ kekayaan RM50 itu menjadi RM 0?”
Jawapan.. Boleh.. senang sangat.
Kekayaan di dalam bentuk wang kertas boleh dimusnahkan dengan cara:
1. Koyak sampai lumat
2. Gunting
3. Bakar
 
Nilai wang kertas cukup mudah untuk dimusnahkan. Jadi untuk simpanan yg lebih terjamin, simpanlah EMAS untuk menjamin kekayaan masa depan...(",)