Tuesday, November 15, 2011

PROMOSI TERBARU PUBLIC GOLD. MEMBELI SEMUA JENIS EMAS PADA HARGA SEMASA TERTINGGI!! WOW!!

Salam Emas dan Perak! Public Gold kembali dengan promosi terbaru yang lebih panas...;-)

- Anda ada simpanan emas jongkong dari jenama selain dari Public Gold?
- Berminat nak jadi Dealer Public Gold tapi tak cukup modal?
- Nak jual emas anda tapi kedai emas beli balik rendah?
- Nak jual emas anda di tempat yang beli dengan harga belian semasa tertinggi??

Public Gold adalah jawapannya!

Untuk tempoh yang terhad bermula dari 15hb November - 31hb Disember 2011, Public Gold membeli semua jenis Gold Bar 999.9 dan Emas 916 22K pada harga semasa TERTINGGI!

Untuk Gold Bar 999.9, Public Gold membeli dengan harga semasa PG Buy 10gm :-



Untuk Barang Kemas dan Dinar 916, Public Gold membeli dengan harga semasa PG Buy 10gm i-Series :-

Public Gold membeli Gold Bar 999.9 dan Barang Kemas serta Dinar 916 anda dengan harga semasa tertinggi!

Disamping itu,melalui promosi ini, anda juga berpeluang menjadi sebahagian dari keluarga besar Public Gold dengan menjadi Dealer Public Gold.

BAGAIMANA?

Contoh :-
Jumlah keseluruhan hasil jualan emas anda dengan Public Gold berjumlah RM17,000...
Kelayakan untuk menjadi Normal Dealer PG adalah belian sebanyak RM20,000...
Jadi anda hanya perlu tambah RM3,000 sahaja untuk melayakkan anda menjadi Dealer PG yang sah!

Keistimewaan menjadi Dealer PG :-

- Dapat Komisyen dengan setiap pembelian produk PG (1% - 2%)
- Dapat Komisyen hasil belian balik (Buy Back) dari pelanggan2 anda (5% - 10%)
- Jual semula pun dapat komisyen
- Cawangan PG diseluruh negara, mudah untuk urusan jual beli
dan banyak lagi!! ><

Boleh tengok syarat2 lain di bawah :-



Jom rebut promosi ini sementara tempoh masih berjalan. Peluang menjual emas anda dengan harga semasa tertinggi dan menjadi Dealer PG!! FAST ACTION, FAST RESULT!! (pinjam ayat POKLI) hehehe...

JOM SIMPAN EMAS!!!

Tuesday, October 18, 2011

Public Silver 100gm kini di pasaran....Comel dan mampu milik...;-)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Dah lama rasanya tak update blog ni, sibuk dengan kerja, keluarga...Maklum la, kerja dalam bidang sukan ni asyik kena kerja luar ja, tambah2 SUKMA tiap2 tahun plak...;-)
Ok lah, kali ni just nak introduce produk baru 'fresh' comei lote Public Gold iaitu Public Silver 100gm Casting Bar. Dengan harga sekitar RM400++ seketul, ia dijangka menjadi antara produk terlaris Public Gold dengan saiz yang comel dan harga yang amat berpatutan.

100gm Public Silver

Jadi kepada peminat-peminat Silver terutamanya boleh mendapatkan produk terbaru ni di mana-mana cawangan Public Gold berdekatan atau hubungi saya di talian 019-325 6575....

JOM SIMPAN SILVER!!

Monday, October 10, 2011

Pengumuman Penting

Announcement

Dear Valued Dealer/Customer,
Please be informed that Public Gold is currently experiencing a dispute with our web engine administrator, hence we are unable to access and receive any online booking detail starts from 7/10/2011, 6.30pm. Please resubmit your order made on this period.

From now onwards, kindly DO NOT make any (BUY or SELL) price booking thru www.publicgold.com.my; www.publicdinar.com; and www.publicjewellery.com.my.
Prices listed in these 3 websites will be all invalid.

For price reference, please login to:
1. www.publicdinar.com.my
2. http://www.publicdinar.com.my/liveprice.html

For price booking, please make thru:
1.Call-in to PG branches during office hour.
2.SMS to PG mobile phones.

Branch Office No.Mobile No.
SP, Kedah 04-4232999012-4836916
BJ, Penang 04-6449999012-5282916
Bishop, Penang 04-2619999012-4298916
Ipoh, Perak 05-2428999012-4398916
PJ, Selangor 03-56348999012-7082916
Malacca 06-3175499012-3876916
JB, Johor 07-2358999012-4308916
KB, Kelantan 09-7462999017-4859916
KT, Terengganu 09-6263999017-6756916
Kuantan 09-5678916017-6528916
Kuching 082-259916017-6788916
Seremban 06-6782916012-3495916
AlorSetar 04-7344916012-4890916


3.Email to order@publicgold2u.com.my .

Ordering format:
Name:
PG code:
IC No.:
H/P No.:
Email address:
Payment Method: EPP/ Full Payment
Collection at/ Preferred Branch:

*Jadi mulai 7/10/11 hingga tarikh yang akan diberitahu kemudian, sila layari http://www.publicdinar.com.my untuk blog rasmi Public Gold dan  http://www.publicdinar.com.my/liveprice.html untuk menyemak harga terkini untuk semua produk emas dan perak Public Gold.

Teruskan menyimpan Emas dan Perak dengan produk Public Gold untuk masa jaminan masa depan yang lebih baik. (",)

Saturday, August 27, 2011

Produk Terkini Public Gold....i-Series 22K Jewellery

Salam Ramadhan...Kurang seminggu lagi kita semua akan menyambut bulan Syawal,dalam erti kata lain nak sambut Hari Raya Aidilfitri...Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin...Mudah-mudahan perjalanan pulang ke kampung kita selamat pergi dan kembali....amin! Ok, posting kali ni ialah untuk memperkenalkan produk terbaru keluaran Public Gold iaitu i-Series 22K Jewellery...

Produk ini terdiri daripada :-


-Rantai Leher (Necklace) 


a) 100 gram (berat 100 gram, emas 916, panjang 77 (±) 1 sentimeter)
b) 50 gram (berat 50 gram, emas 916 panjang 52 sentimeter (±) 1 sentimeter)
c) 20 gram (berat 20 gram, emas 916 panjang 52 sentimeter (±) 1 sentimeter)




-Rantai Tangan (Bracelet) 


10 gram, emas 916, panjang 17 sentimeter (±) 1 sentimeter

-Pendant 
5gram,10gram dan 20gram...

Apa istimewanya i-Series 22K Jewellery?

Keistimewaan pertama: Harga yang jauh lebih murah berbanding harga FGJAM.
Keistimewaan kedua: Tidak ada kos workmanship (upah tukang).
Keistimewaan ketiga: Kualiti emas 916 (22 karat) 
Keistimewaan keempat : Design yang padu, tebal dan tahan lasak.
Keistimewaan kelima: Design tanpa batu permata. 100% emas padu. 
Keistimewaan keenam: Susut nilai i-Series cuma 10% sahaja! Sangat kecil.
Kelebihan ketujuh: Boleh digadaikan di Ar-Rahnu bila-bila masa jika memerlukan pusingan modal.

Jika rasa-rasa berminat untuk memiliki barang kemas terbaru Public Gold ini, anda boleh menghubungi saya di talian 019-325 6575 atau berkunjung ke cawangan Public Gold yang berdekatan. 
(sila inform staff Public Gold yang berkenaan yang anda melihat tawaran ini di laman web invest2golds.blogspot.com) 


Bertemu lagi di posting akan datang....JOM SIMPAN EMAS!!

Wednesday, May 4, 2011

10gm Jongkong Emas Public Gold kini di pasaran...!!!

Assalamualaikum dan salam 1 emas...
Just sedikit info dari Public Gold iaitu PG telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu Jongkong Emas 10gm. Memandangkan harga emas yg makin naik dan naik ni PG memberi kita pilihan utk membeli emas dlm lingkungan mampu milik.....hehehe! Jadi kpd sapa2 yg nk order 10gm dan produk2 PG yg lain boleh la menghubungi pengedar2 berdekatan anda atau boleh melalui sy di talian 019-3256575...
JOM SIMPAN EMAS!!!

Thursday, March 31, 2011

Public Gold Fine Gold sekarang dah jadi Public Gold Marketing Sdn Bhd.


Sekarang Public Gold dah tukar nama kepada Public Gold Marketing Sdn Bhd. Jadi akaun pun dah lain, jadi mulai 1 April 2011 semua urusniaga akan menggunakan akaun baru :-


Maybank : 507134104563


Public Bank : 3167520833


Jadi sila gunakan no akaun yg baru ini untuk urusniaga Emas kita selepas ini...JOM SIMPAN EMAS!

Wednesday, March 2, 2011

Stock Collection Notice


PDF Print

Announcement!!!

With effect from 21st Feb 2011, customer MUST proceed with full payment upon booking and the 10% of booking payment is not allowed with immediate effect. The collection period of stock will be fixed at 3-5 days from the purchase order date. Customer are encouraged to collect the stock based on the date that stated on the Stock Collection Notice. 

Stock Collection Notice (Mar 2011)

Customers are advised to call our branches for stock reservation and collection based on the schedule below:
Gold Product (999.9 Gold Bar & Coins)

Purchase Order Dated

Stock Collection Period

1st – 31st Mar 2011
5 days from the Purchase Order Date
Gold Product (916 Gold Dinar Coins)

Purchase Order Dated

Stock Collection Period

1st – 31st Mar 2011
3 days from the Purchase Order Date
Silver Product

Purchase Order Dated

Stock Collection Period

1st – 31st Mar 2011
3 days from the Purchase Order Date
Note :
i) Customers MUST call our branch for stock reservation before any collection.
ii) Due to the security reason, Stock Collection only allowed during office hours, all collection after 7pm will not be entertained.
iii) Customer MUST made full payment before stock collection, no deposit of 10% will allowed after 21st Feb 2011.
iv) Original bank-in slip MUST be provided upon stock collection.
v) New Dealers are advised to get familiar with the stock collection method and don't hesitate to seek for the assistance from their Master Dealer if they have any doubt.

        Alhamdulillah, tempoh untuk mengambil stok telah disingkatkan kepada 3-5 hari sahaja. Jadi masalah kekurangan stok yg selalu berlaku sejak kebelakangan ini mgkn akan dapat dikurangkan. Tahniah kepada Public Gold kerana prihatin kepada masalah2 yg berlaku dan diharapkan selepas ini perjalanan urusniaga emas kita akan lebih lancar dan teratur.

JOM SIMPAN EMAS!!

019-325 6575
Invest2Golds

Monday, February 21, 2011

Welcome - New Dealer Public Gold Rangkaian Invest2Golds




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Post kali ni hanya ingin mengucapkan Selamat Datang dan memperkenalkan agen baru di bawah rangkaian Invest2Golds tahun ini.



Pn. Geevien Saha binti Mohd Sanusi
No H/P : 012-678 6562
Email : geevien@yahoo.com
(Seremban / Paroi / Port Dickson)

Semoga dengan kehadiran belian akan mengembangkan lagi perniagaan/pelaburan emas di Malaysia. Jadi kepada mereka yang ingin membeli emas di kawasan2 berdekatan boleh hubungi beliau untuk berurusniaga.

Tahniah diucapkan dari pihak Admin!

Tuesday, February 1, 2011

Promosi terbaru Public Gold.....

Jom Berniaga Emas!!! Untung2 dapat  Black Berry....hehehe! Hubungi 019-325 6575 jika berminat....

Friday, January 21, 2011

PROMOSI TERBARU DARI PUBLIC GOLD


DEALER RECRUITMENT DRIVE II

Terms & Condition

  • Purchase of 2 pieces of 250gm Gold Bar, automatically will become PG Authorized Priority Dealer to enjoy the 1.5% sales commission.
  • This promotion is open for all PG Customer and Public Gold Authorized Dealer.
  • Promotion period: 16th January 2011 to 30th April 2011.
  • All transaction can be using Normal Payment Purchase or Easy Payment Purchase (Allowed for 6 months EPP payment method).
  • All sales purchase must be in single receipt.
  • Public Gold reserves the right at its absolute discretion to vary, delete or add to all or any of the Terms and Conditions herein from time to time and at any time without prior notice.
For more information or enquiries, please call Public Gold Customer Service line at 019-325 6575 (Mondays to Sundays, 24 x 7 x 365).

JOM SIMPAN EMAS!!

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru Emas...

            Assalamualaikum semua rakan2 dan peminat2 emas. 2010 dah berlalu dan 2011 membuka tirainya semalam, jadi Selamat Tahun Baru 2011 diucapkan! Jadi disamping topik azam baru yg hangat diperkatakan sejak tahun baru 2011 ni menjengah, kenaikan harga emas juga hangat diperkatakan oleh semua peminat2 emas. Di zaman Rasulullah S.A.W seekor ayam dijual dgn harga 1 Dirham,seekor kambing dijual dgn harga 1 Dinar...dan 1,400 tahun selepas itu harga ayam dan kambing masih lagi dijual dgn harga 1 Dirham dan 1 Dinar...macam mana ini berlaku?? Sedangkan harga secawan kopi pun dh berubah TAK SAMPAI 60 TAHUN, pada thn 1960'an secawan kopi harga 5 sen, tp tahun 2011 secawan kopi harga RM1.20 - RM1.50...nilai 5 sen skrg boleh beli sebiji gula2 je! kenapa ini semua berlaku?? Sbb WANG KERTAS SUSUT NILAI tapi EMAS DAN PERAK SIMPAN NILAI! Tak mustahil RM100,000 sekarang kita boleh beli sebijik kereta Honda Jazz tapi 50 tahun akan datang RM100,000 hanya boleh beli sebiji motosikal 110cc disebabkan SUSUT NILAI MATAWANG KERTAS! Jadi kenapa kita masih buat simpanan dalam bentuk wang kertas sedangkan nilainya makin lama makin susut?

                   Bayangkan Emas dan Perak boleh mengekalkan nilai selama 1,400 tahun tanpa susut nilai,sbb apa? Sebab Emas dan Perak adalah logam yg cukup istimewa yg diciptakn Allah utk kita manfaatkan sebaik mungkin. Simpanan dalam bentuk Emas dan Perak menjamin nilai kekayaan dan simpanan kita di masa depan. Purata kenaikan Emas dalam setahun adalah 25% - 45%. Untuk tahun 2010, kenaikan yg direkodkan adalah sebanyak 29.18% setahun!  Lihat graf dibawah...




Harga untuk tahun baru pulak ditutup paling tinggi dalam sejarah, USD1,421.60 /oz. 



Jadi pada takat ni,harga Emas Public Gold ialah 1 Dinar RM669,5 Dinar RM3,331,10 Dinar RM6,633...20g RM3,239, 50g RM8,059, 100g RM16,043, 250g RM39,919...


Memang hebat penangan Emas ni kan! Jadi apa lagi??? JOM SIMPAN EMAS!!!

Friday, December 24, 2010

New Product Announcement

250g gold bullion bar (Cold Cast Bar) is now available for booking.







Public Gold dah keluarkan produk barunya iaitu Jongkong Emas 999.9 berat 250g bernilai RM38K++...so apa lagi, angkat satu la! hehehe...Untuk tempahan boleh hubungi / SMS saya di 019-325 6575 atau email ke invest2golds@gmail.com...JOM SIMPAN EMAS!

 

Sunday, December 12, 2010

2011 New Dealer Recruitment Program

 

Master Dealers Terms and Conditions

Master Dealer

A. Qualification

1. Accumulate total sales of RM500,000.00 (including own purchase, first purchase by Priority Dealer, and new Dealer) on purchase any of Public Fine Gold International Sdn Bhd’s products which consist of gold bar, gold coin, gold dinar, jewelleries, silver bar and etc according to current prices.
2. Priority Dealer required to recruit at least 3 Priority Dealers.
3. Sales accumulation period will be calculated twice a year (6 months) which from:
 1st January to 30th June
 1st July to 31st December
4. Priority Dealer will be interviewed by Public Fine Gold International Sdn Bhd’s
Board of Director before qualified to promote as an authorized Master Dealer.
5. Priority Dealer has to request in order to become Master Dealer and is subject to approval

B. Requalification Evaluation

1. Evaluation of Personal Sales will be conducted twice a year which from:
 1st January to 30th June
 1st July to 31st December
2. Master Dealer will be degrading in case of without sales within six consecutive months.

C. Web Promo Assessment

1. Group Sales need to achieve RM500,000.00 within the Assessment Period of 6 months period.
2.Assessment of Group Sales will be conducted twice a year which from:
 1st January to 30th June
 1st July to 31st December
3. Master Dealer needs to maintain the sales target on next Assessment Date to continuously publish their name in Public Gold website. Names will be taken out from Public Gold website if Master Dealer has failed to maintain the target of total group sales.

D. Commission

1. Commission Division
 Direct Commission (from Customer)
 Sales – 2% from total sales amount
 Indirect Commission (from Dealer)
 Sales – 1.0% from total sales amount
 Indirect Commission (from Priority Dealer)
 Sales – 0.5% from total sales amount
 Buy Back: Direct 0.5% from total personal buy back
2. Commission will be paid by Public Fine Gold International Sdn Bhd to Master Dealers on 20th each month into their bank account. Unless 20th fall on Saturday or Sunday, therefore commission will be bank in on Monday (21st or 22nd). Master Dealers will receive the payment within 3 working days after commission has been bank in.
3. Master Dealers will receive Monthly Commission Statement within 15 working days after the commission has been bank in.
4. All order payments and active bank account number (either Public Bank Berhad or Maybank Berhad) must provided by dealers to Account Department on or before 5th each month, else the commission of the month will be postponed to next month.

E. Miscellaneous

1. Master Dealer is entitled to sell all of Public Fine Gold International Sdn Bhd’s
gold products including:
 Gold Bar (Au999.9) – 20g, 50g, and 100g
 Gold Coin (Au999.9) – 50g
 Gold Dinar (Au916) – 1 Dinar, 5 Dinar, and 10 Dinar
 Jewellery (Au916)
 Silver Bar (Ag999) – 250g, 500g, 1kg
2. Appointment letter will be given to a qualified Master Dealer to prove that he or
she is Public Fine Gold International Sdn Bhd’s authorized Master Dealer.
3. Master Dealer is entitled to recruit Priority Dealer and Dealer.
4. They are not allowed to sell Public Fine Gold International Sdn Bhd’s products if he or she is no longer Public Fine Gold International Sdn Bhd’s authorized Master Dealer.
5. Master Dealer is reminded to always keep the positive image of Public Fine Gold International Sdn Bhd. Public Fine Gold International Sdn Bhd has the right to strip the appointment of Master Dealer, or to claim compensation in terms of law if Master Dealers done any activities or spread any rumors that will influence the company’s reputation.
6. Public Fine Gold International Sdn Bhd has the right to modify these Dealers
Terms and Conditions from time to time according to requirements without prior notice to the dealer.

publicgold_logo2.png

Priority Dealer Term and Condition

A. Qualification

1. One time purchase of RM100,000.00 on purchase any of Public Fine Gold International Sdn Bhd’s products which consist of gold bar, gold coin, gold dinar, jewelleries, silver bar, and etc according to current prices.
2. Accumulate total sales of RM100,000.00 on purchase any of Public Fine Gold International Sdn Bhd’s products which consist of gold bar, gold coin, gold dinar, jewelleries, silver bar and etc according to current prices.
3. Dealer required recruiting at least 3 Dealers.
4. There was 1 year accumulation period of total sales of RM100,000.00 on purchase any of Public Fine Gold International Sdn Bhd.

B. Requalification Evaluation

1. Evaluation of Personal Sales will be conducted twice a year which from:
 1st January to 30th June
 1st July to 31st December
2. Priority Dealer will be degrading in case of without sales within six consecutive months.

C. Web Promo Assessment

1. Personal Sales need to achieve RM100,000.00 within the Assessment Period of 3 month period.
2. Assessment of Personal Sales will be conducted four times a year which from:
 1st January to 31st March
 1st April to 30th June
 1st July to 30th September
 1st October to 31st December
3. Priority Dealer needs to maintain the sales target on next Assessment Date to continuously publish their name in Public Gold website. Names will be taken out from Public Gold website if Priority Dealer has failed to maintain the target of total sales.

D. Commission

1. Commission Division
 Direct Commission (from Customer)
 Sales – 1.5% from total sales amount
 Indirect Commission (from Dealer)
 Sales – 0.5% from total sales amount
 Buy Back – 0.5% from total buy back amount
2. Commission will be paid by Public Fine Gold International Sdn Bhd to Priority Dealers on 20th each month into their bank account. Unless 20th fall on Saturday or Sunday, therefore commission will be bank in on Monday (21st or 22nd). Priority Dealers will receive the payment within 3 working days after commission has been bank in.
3. Priority Dealers will receive Monthly Commission Statement within 15 working days after the commission has been bank in.
4. All order payments and active bank account number (either Public Bank Berhad or Maybank Berhad) must provided by dealers to Account Department on or before 5th each month, else the commission of the month will be postponed to next month.

E. Miscellaneous

1. Priority Dealer is entitled to sell all of Public Fine Gold International Sdn Bhd’s
gold products including:
 Gold Bar (Au999.9) – 20g, 50g, and 100g
 Gold Coin (Au999.9) – 50g
 Gold Dinar (Au916) – 1 Dinar, 5 Dinar, and 10 Dinar
 Jewellery (Au916)
 Silver Bar (Ag999) – 250g, 500g, and 1kg
2. Appointment letter will be given to a qualified Priority Dealer to prove that he
or she is Public Fine Gold International Sdn Bhd’s authorized Priority Dealer.
3. Priority Dealer is entitled to recruit Dealer.
4. They are not allowed to sell Public Fine Gold International Sdn Bhd’s products if he or she is no longer Public Fine Gold International Sdn Bhd’s authorized Priority Dealer.
5. Priority Dealer is reminded to always keep the positive image of Public Fine Gold International Sdn Bhd. Public Fine Gold International Sdn Bhd has the right to strip the appointment of Priority Dealer, or to claim compensation in terms of law if Priority Dealers done any activities or spread any rumors that will influence the company’s reputation.
6. Public Fine Gold International Sdn Bhd has the right to modify these Dealers
Terms and Conditions from time to time according to requirements without prior notice to the dealer.

publicgold_logo2.png

Dealer Term and Condition

A. Qualification

1. One time purchase of RM20,000.00 on purchase any of Public Fine Gold International Sdn Bhd’s products which consist of gold bar, gold coin, gold dinar, jewelleries, silver bar, and etc according to current prices.

B. Requalification Evaluation

1. Evaluation of Personal Sales will be conducted twice a year which from:
 1st January to 30th June
 1st July to 31st December
2. Dealer will be degrading in case of without sales within six consecutive months.

C. Web Promo Assessment

1. Personal Sales need to achieve RM20,000.00 within the Assessment Period of 3 months period.
2. Assessment of Personal Sales will be conducted four times a year which from:
 1st January to 31st March
 1st April to 30th June
 1st July to 30th September
 1st October to 31st December
3. Dealer needs to maintain the sales target on next Assessment Date to continuously publish their name in Public Gold website. Names will be taken out from Public Gold website if Dealer has failed to maintain the target of total sales.

D. Commission

1. Commission Division
 Direct Commission (from Customer)
 Sales – 1% from total sales amount
 Buy Back: Direct 0.5% from total personal buy back
2. Commission will be paid by Public Fine Gold International Sdn Bhd to Dealers on
20th each month into their bank account. Unless 20th fall on Saturday or Sunday, therefore commission will be bank in on Monday (21st or 22nd). Dealers will receive the payment within 3 working days after commission has been bank in.
3. Dealers will receive Monthly Commission Statement within 15 working days after the commission has been bank in.
4. All order payments and active bank account number (either Public Bank Berhad or Maybank Berhad) must provided by dealers to Account Department on or before 5th each month, else the commission of the month will be postponed to next month.

E. Miscellaneous

1. Dealer is entitled to sell all of Public Fine Gold International Sdn Bhd’s gold
products including:
 Gold Bar (Au999.9) – 20g, 50g, and 100g
 Gold Coin (Au999.9) – 50g
 Gold Dinar (Au916) – 1 Dinar, 5 Dinar, and 10 Dinar
 Jewellery (Au916)
 Silver Bar (Ag999) – 250g, 500g, and 1kg
2. Appointment Letter will be given to a qualified Dealer to prove that he or she is
Public Fine Gold International Sdn Bhd’s authorized Dealer.
3. They are not allowed to sell Public Fine Gold International Sdn Bhd’s product if he or she is no longer Public Fine Gold International Sdn Bhd’s authorized Dealer.
4. Dealer is reminded to always keep the positive image of Public Fine Gold
International Sdn Bhd. Public Fine Gold International Sdn Bhd has the right to strip the appointment of Dealer, or to claim compensation in terms of law if Dealers done any activities or spread any rumors that will influence the company’s reputation.
5. Public Fine Gold International Sdn Bhd has the right to modify these Dealers Terms and Conditions from time to time according to requirements without prior notice to the dealer.

Tuesday, November 23, 2010

Welcome - New Dealer Public Gold Rangkaian Invest2Golds

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama sungguh rasanya tak update blog ni, dan kali ni saya sebagai admin Invest2Golds ingin mengucapkan Selamat Datang kepada agen baru di bawah Rangkaian Invest2Golds sempena promosi 50% sehingga hujung tahun ni.



           En. Mohamed Hazriq bin Mohamed Omar (A2309)
                            No H/P : 019 - 590 3469
                      Email : mhazriq5166@yahoo.com
                  (Cyberjaya / Seri Kembangan, Selangor)


Semoga dengan kehadiran belian akan mengembangkan lagi perniagaan/pelaburan emas di Malaysia. Jadi kepada mereka yang ingin membeli emas di kawasan2 berdekatan boleh hubungi beliau untuk berurusniaga. Tahniah!!






Wednesday, November 3, 2010

"Dollar Macam Tisu Tandas.." - Tun Mahathir

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang
Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.
“Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.
Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.
Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.
“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.
Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.
“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.
Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.
Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.
“Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.
Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.

Sumber dari Utusan Online

Saturday, October 30, 2010

Amaran dari Public Gold....


       Sekarang ni dah bermacam2 skim cepat kaya,skim pelaburan dan pelbagai lagi tumbuh di sekeliling kita. Kalau mudah terpengaruh dengan janji2 manis mereka2 ni alamat "gone with the wind" la jawabnya. Public Gold juga tak terlepas dari terkena 'tempias' dari perkara2 ni. Jadi Public Gold mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengeluarkan pemberitahuan kepada umum yang Public Gold langsung tidak ada kena mengena dengan skim2 pelaburan palsu dan mengingatkan kepada semua ejen2 PG agar tidak terlibat dengan skim2 tersebut.

Saturday, October 16, 2010

JOM PAKAT-PAKAT JADI TOKEY EMAS!!



Amat mudah untuk menjadi Dealer Public Gold di bawah Rangkaian Invest2Golds..

Modal RM20,000 - Normal Dealer,
Modal RM100,000 - Priority Dealer,
Modal RM500,000 - Master Dealer...

Langkah-langkah

1) Download borang Permohonan ---> BORANG DEALER

2) Isi dan Email kepada katrina@publicgold.com.my dan cc invest2golds@gmail.com

3) Pihak Public Gold akan email Quotation / Sales Order berdasarkan Harga Semasa di WEB
-sila maklumkan kepada saya selepas 2 jam menghantar dokumen

4) Bank in kedalam akaun Public Gold International Sdn Bhd
- Maybank - 507134241707
- Public Bank - 6592525400
- Bank Islam -9010026801

5) Anda akan mendapat Komisen setiap beli emas dengan Public Gold

Master Dealer 2%
Priority Dealer 1.5%
Normal Dealer 1%

6) Boleh dah berniaga JUAL/BELI emas Public GOLD nih


Dengan ada pamplet senang untuk berniaga emas (dapat free dengan PG)


Target Jualan = tiada
walaupun anda order 1 dinar dengan Public Gold anda akan dapat komisen....hehehehehe...memang best


Tuesday, October 12, 2010

Agen Public Gold

Assalamualaikum dan salam sejahtera,tak lupa...Salam 1 Malaysia!

Alhamdulillah, bulan Oktober 2010 atau kalo nak cantik sket 10/10, saya telah sah menjadi Dealer Public Gold. Setelah hampir setahun saya membuat survey, melihat perjalanan pelabur2 emas, perkembangan dunia emas yg pada aku begitu cantik utk diabaikan,dan yg paling penting berusaha mengumpul dan mencari modal utk melayakkan diri menjadi agen yg sah, akhirnya saya memberanikan diri utk menceburi bisnes baru iaitu pelaburan emas bersama syarikat Public Fine Gold International Sdn Bhd. Sempena promosi PG dengan diskaun 50% utk menjadi agen, saya tak tunggu lama utk rebut peluang yg ada depan mata nih. Sebelum ni utk jadi agen PG modalnya adalah RM40K++, ikut harga emas semasa tp sempena promosi ni hanya RM20,000 sahaja! SAHAJA....tu yg x tahan...hahaha!


Modal ni bukan pendahuluan atau yuran atau sebagainya tapi untuk membeli produk2 keluaran Public Gold spt jongkong emas, dinar emas, jongkong perak atau barang2 kemas,boleh campur2, no problem tapi pembelian harus dibuat dalam satu resit. Emas2 tu akan disimpan oleh agen sendiri dan ia boleh digunakan utk memulakan bisnes hebat ini. Mgkn boleh dijadikan sebagai sample kpd para pelanggan atau boleh dijual terus kalau pelanggan nak beli, it's up to you, YOU ARE THE BOSS!! (",)
Keuntungan menjadi dealer Public Gold ni ialah dapat komisyen 1.5% setiap kali order emas dari Public Gold. Keuntungan kenaikan emas setahun 20%-37%. Capital gain bila beli masa harga rendah dan jual masa harga mahal. Keuntungan belian balik 5%-6% dan keuntungan jual semula kepada Public Gold 0.3%. Memang menarik bila menjadi dealer Public Gold.
Kalau tak mahu berniaga emas pun tak mengapa kerana Public Gold bukanlah mengamalkan sistem MLM untuk pengedarnya kena ‘maintain sales’. Tak perlu mengejar sales. Boleh juga dianggap membeli emas dengan diskaun 1.5%. Kalau anda berniaga anda untung lebih. Kalau tak berniaga pun dah untung hasil kenaikan harga emas dan menggunakan beberapa teknik manipulasi emas untuk buat untung lebih. Tak sakit kepala pun. Hanya ‘bermain’ dengan bank pun dah untung sorang-sorang. Hehehe..


Dengan bermodalkan RM20,110.00, tanggal 8/10/10 saya kini sah menjadi Dealer Public Gold, Agent Code A 1185 dibawah rangkaian Pokli Wealth Management, sifu emas kita! So jangan ragu2 untuk berurus niaga jual beli emas Public Gold dgn saya lepas ni ye. ;-) Yang berada di Putrajaya dan kawasan sekitarnya, kalau berminat utk mendapatkan produk2 keluaran Public Gold atau nak jadi dealer PG sementara promosi masih berjalan ni, boleh hubungi saya di talian 019-3256575 atau email ke invest2golds@gmail.com. Lepas 31hb oktober ni modal nak jadi agen dh naik jadi RM40k++ balik tau, so cepat2 rebut peluang nih...JOM SIMPAN EMAS!!

Friday, July 16, 2010

Pengalaman merempit di Ar-Rahnu Agro Bank, Nilai

Salam semua...ok,kali ni aku nk cita pasal pengalaman aku pi merempit emas di Ar-Rahnu Agro Bank, Nilai yg terletak di Taman Semarak pada 15/7/2010. Dekat je ngan umah aku,tp sebab aku dari opis di Putrajaya so jauh sket la. Macam biasa, senjata yg aku bawak ialah EMAS dan certificated. Tujuan utama biasa lah nk guna duit sket sbb nak pindah umah, sbb lain nak beli stok baru lah!! Harga tgh baik skrg ni utk tmbah stok..hehe! Tujuan lain ialah nak tgk sendiri ketulenan Emas PG dan Emirates nih sbb sebelum ni asyik dgr org punya pengalaman je, nk jgak tgk ngan mata kepala sendiri. Baru puas hati!! (",)




Kali ni aku nk try gadai emas Emirates 10g dan PG 50g. Sampai je kt Agro Bank aku tgk cus x ramai pun, ada dua org je...So mgkn cepat la sket kot urusniaga aku nnt. Aku terus jmpa pak guard kata nk ke Ar-Rahnu. Dia tunjuk satu bilik dan soh jmpa ngan Puan Lina. Dalam bilik tu x de cus,so lg mudah dn cepat lah nk gadai! hehe...masuk je bilik Puan Lina, dia senyum dan soh aku duduk. Mmg mesra pelanggan sungguh! Dia tanya ada brapa ketul, aku jawab la 2 ketul. Then dia explain kata first time gadaian bank akan bg 60%, second time dan selanjutnya baru bank bg 70%, sbb dh dikira regular customer.
Aku tanya gak rates emas semasa, dia cakap RM126.00/gram. Yang paling penting,pastikan bawak SIJIL@CERTIFICATED utk emas yg nk digadai sbb bank akan amek sekali sijil tu dan x kn terima emas tanpa sijil. Kalo resit pembelian aku rs ikut cawangan bank rsnya,sbb aku penah dgr ada cawangan bank yg mintak resit pembelian. Tp kes aku ok je,dia x mintak resit pun. Tapi di nasihatkan bwk je utk persediaan. Pastu dia pn bg borang utk aku isi, pastu aku keluarkan stok Emirates 10g yg nk digadai, dia pun start menguji emas2 aku ni. Memang cun2 10g, pastu dia check skali lg, mmg emas tulen 999.9 24k! Sory la sbb x sempat nak amek gmbr time dia timbang 'anak2 emas' aku nih.

Abis dia check 10g tu aku bagi lak PG 50g utk gadaian kali kedua, so yg ni aku akan dapat 70%. Time dia check berat PG 50g nih scale appear 50.01 gram, tp bank akan consider ia sebagai 50g gak. Dia pun cakap, benda ni normal. Kdg2 berat akan jd 49.99g, pun diaorg akan terima sebagai 50g. Tapi apa2 pun, yang penting emas Emirates dan Public Gold memang tarak tipu punya! GERENTI 100% TULEN!! hihi...

Lepas proses timbang ni, dia akan keluarkan Surat Akuan Gadaian. Dia jugak akan bagi kita satu surat jaminan utk kita tandatangan, surat ni sebagai jaminan kalau in case apa2 berlaku, pihak bank akan ganti balik emas kita ikut harga marhum. Pastu dia akan bg Surat ni dan Resit Pengeluaran utk proses amek duit di kaunter. SETTLE!! (",)

Di sini aku terang sket kira2 untuk proses ni...


Emas Emirates 10g x RM126.00/gram = RM1,260.00 (Nilai marhum)

First time gadai dapat 60%, jadi RM1,260 x 60% = RM756.00 (Jumlah pinjaman)

Upah Simpan utk 6 bulan = RM45.36 (RM1,260 x 0.60 /100 = RM7.56 sebulan) boleh sgt!!



Emas Public Gold 50g x RM126.00/gram = RM6,300.oo (Nilai marhum)

Second time gadai dapat 70%,jadi RM6,300.00 x 70% = RM4,410.00 (Jumlah pinjaman)

Upah simpan utk 6 bulan = RM283.50 (RM6,300 x 0.75 / 100 = RM47.25 sebulan) murah kan!


Surat Akuan Gadaian (Salinan kita)


Ni lah Surat Akuan Gadaian utk kita simpan. Time kita nak tebus emas kita nnt, bwk surat ni, jumlah pinjaman( kalo nak bayar sekaligus,leh jgak minta utk bayar bulan2) dan upah simpan. Senang kan! Tak smpi setengah jam dah settle proses merempit nih. hehehehe...

JOM SIMPAN EMAS!!!

Thursday, July 8, 2010

Pengenalan

Assalamualaikum rakan2 semua. Sebelum saya menulis lebih lanjut lagi, ingin saya memperkenalkan diri saya dulu, nama saya Mohd Najib bin Othman. Sebenarnya minat tentang emas ni bermula sejak saya melanggan newsletter dari sifu emas kita, En. Syukor Hashim yang juga founder Jutawanemas.com tahun lepas. Newsletter dari Jutawanemas.com memang banyak membuka mata saya tentang kelebihan, keistimewaan dan bagaimana kita boleh menjadikan emas sebagai satu medium untuk kita dalam aspek simpanan dan pelaburan terutama utk pelaburan jangka panjang. Tapi sebelum ni saya hanya mengikuti saja perkembangan emas ni sebab kekurangan modal untuk memiliki logam istimewa ni. Alhamdulillah, sekarang saya telah memiliki sedikit koleksi emas sebagai permulaan dan insyaallah akan menambah lagi koleksi2 ini untuk tujuan simpanan dan pelaburan...
Jadi jangan tunggu lagi, kalau ada modal tu jgn teragak utk membeli emas kerana kita tak kan rugi utk memilikinya,tapi kita yang akan rugi kalau tak memilikinya!! Renung-renungkan dan selamat mengumpul...;-)

Wednesday, July 7, 2010

ANAK EMAS PERTAMA AKU...


Salam semua. Kali ni saya just nak berkongsi pengalaman pertama membeli emas. Sejak 'terpengaruh' dengan kilauan EMAS ni, memang x sabar rasanya nak pegang EMAS sendiri! hehe...Bila dah ada modal sket terus aku sambar PG gold bar 50gram. Aku beli 'anak emas' aku ni dari bro Samurai...Aku beli ni pd 12/3/10, harga dalam RM6,550.00 time tu. Memang rasa best giler time tu! hehehe...Sampai sekarang 'anak emas' aku ni still dalam simpanan aku. Pasni nak belajar lagi ilmu2 EMAS ni,mcm mana nak tukar 50g ni jadi 100g, pastu jadi 200g, pastu jadi 500g, jadi 1000g@1 KILO!! PERGHHH...Nak jadi Jutawan Emas kena ada kurang2 8 kilo emas! So kena start dari sekarang lah, step by step...(",) Niat kena betul, displin kena kuat, dan yang paling penting ILMU kena banyak kalo nak main emas ni,pd pandangan aku lah. So apa lagi, jom pakat tukar Wang Fiat ke EMAS sekarang!!

Monday, July 5, 2010

Hukum Akaun Pelaburan Emas di Bank Malaysi

Hukum Akaun Pelaburan Emas di Bank Malaysia

Sumber : http://www.zaharuddin.net/

Soalan 1
Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut:
Bagaimana pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih.
Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank - Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja adakah ianya SAH disegi Islam?
Soalan 2
Saya telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service 1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas ini.

Dari maklumbalas yang diberikan ialah:

Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.
Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual.

Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.

Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.

Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.

JAWAPAN
Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.

Bagi mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut :-
Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.

Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut :-

• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepadaRiba an-Nasiah.
Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.

• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.
Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf'(hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).

• HALAL DAN SAH : Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-
a. Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.
b. Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191)



DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?
Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :

1- JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.

Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.

2- JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.
Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.
Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.

3- CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.
Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuksettlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.
Mengapa 3 hari? ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal' tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.

4- PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram.Untuk kira-kira buka di sini.
Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.
Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi' yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.

KESIMPULAN
Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan.

Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah LULUS.
Sekian

Friday, March 19, 2010

Sekadar Renungan...


BENARKAH ALLAH WUJUD??

Aku ada satu cerita. Nak citer la kat korang..moga2 dapat manfaat dan pengajaran. Dalam kehidupan kita, kekadang tu rasa macam tak adil kan..yer lah, ada orang yang ditimpa musibah, penderitaan, kesakitan dan sebagainya. Lebih-lebih lagi benda ni semua kena pulak pada orang Islam yang percaya yang Allah itu Maha Adil, Maha Penyayang...kenapa perkara ni boleh berlaku?

Cerita bermula;

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai gunting untuk menggunting rambut dan janggutnya. Sambil menggunting rambut, barber tu berborak lah dengan lelaki itu. Cerita punya cerita, sampailah ke tajuk yang berkisar pada Allah. Bila sajer lelaki itu terkeluar perkataan Allah, barber itu menyampuk, " Aku tidak percaya Allah itu wujud". "kenapa kamu berkata begitu?", tanya si lelaki. "Cuba kamu keluar di jalan sana, dan kamu tunjukkan pada saya yang Allah itu wujud. Kalau Allah wujud, kenapa masih ada orang-orang yang menderita?, kenapa masih ada kanak-kanak yang terbiar?, kenapa ada keperitan dan kesusahan dalam hidup ini?, kalau Allah itu Maha Penyayang, tentu Dia tidak akan membiarkan keadaan seperti ini berlaku.."kata si barber.

Si lelaki itu tidak menjawab dan diam sahaja kerana tidak mahu bergaduh. Siap sahaja barber itu melakukan tugasnya, lelaki itu pun pergilah...selepas beberapa langkah berjalan, dia terpandang seorang lelaki tua yang kotor, tidak terurus, berambut panjang dan selekeh. Lelaki itu kemudiannya berpatah balik kepada barber tadi. Dia lalu berkata, " tahukah kamu, sebenarnya tukang gunting juga tidak wujud". Barber itu pun bengang, " mengapa kamu berkata begitu? bukankah aku yang menggunting rambut mu sebentar tadi?. Maka jawab lelaki itu. " Tidak, kalaulah tukang gunting wujud, mengapa masih ada orang yang berambut panjang, selekeh dan kotor macam lelaki tua itu". Barber menjawab, " Ahhhh...tukang gunting wujud tetapi lelaki itulah yang bersalah kerana tidak datang kepada saya untuk menggunting rambutnya". Lelaki itu berkata, " tepat sekali..that's the point!! Allah juga wujud tetapi itulah yang terjadi jika manusia tidak mengingatinya dan datang kepadanya untuk meminta pertolongan".

kelahiran adalah sesuatu yang tidak boleh diubah, tetapi kehidupan boleh diubah oleh diri manusia itu sendiri...