Friday, July 16, 2010

Pengalaman merempit di Ar-Rahnu Agro Bank, Nilai

Salam semua...ok,kali ni aku nk cita pasal pengalaman aku pi merempit emas di Ar-Rahnu Agro Bank, Nilai yg terletak di Taman Semarak pada 15/7/2010. Dekat je ngan umah aku,tp sebab aku dari opis di Putrajaya so jauh sket la. Macam biasa, senjata yg aku bawak ialah EMAS dan certificated. Tujuan utama biasa lah nk guna duit sket sbb nak pindah umah, sbb lain nak beli stok baru lah!! Harga tgh baik skrg ni utk tmbah stok..hehe! Tujuan lain ialah nak tgk sendiri ketulenan Emas PG dan Emirates nih sbb sebelum ni asyik dgr org punya pengalaman je, nk jgak tgk ngan mata kepala sendiri. Baru puas hati!! (",)




Kali ni aku nk try gadai emas Emirates 10g dan PG 50g. Sampai je kt Agro Bank aku tgk cus x ramai pun, ada dua org je...So mgkn cepat la sket kot urusniaga aku nnt. Aku terus jmpa pak guard kata nk ke Ar-Rahnu. Dia tunjuk satu bilik dan soh jmpa ngan Puan Lina. Dalam bilik tu x de cus,so lg mudah dn cepat lah nk gadai! hehe...masuk je bilik Puan Lina, dia senyum dan soh aku duduk. Mmg mesra pelanggan sungguh! Dia tanya ada brapa ketul, aku jawab la 2 ketul. Then dia explain kata first time gadaian bank akan bg 60%, second time dan selanjutnya baru bank bg 70%, sbb dh dikira regular customer.
Aku tanya gak rates emas semasa, dia cakap RM126.00/gram. Yang paling penting,pastikan bawak SIJIL@CERTIFICATED utk emas yg nk digadai sbb bank akan amek sekali sijil tu dan x kn terima emas tanpa sijil. Kalo resit pembelian aku rs ikut cawangan bank rsnya,sbb aku penah dgr ada cawangan bank yg mintak resit pembelian. Tp kes aku ok je,dia x mintak resit pun. Tapi di nasihatkan bwk je utk persediaan. Pastu dia pn bg borang utk aku isi, pastu aku keluarkan stok Emirates 10g yg nk digadai, dia pun start menguji emas2 aku ni. Memang cun2 10g, pastu dia check skali lg, mmg emas tulen 999.9 24k! Sory la sbb x sempat nak amek gmbr time dia timbang 'anak2 emas' aku nih.

Abis dia check 10g tu aku bagi lak PG 50g utk gadaian kali kedua, so yg ni aku akan dapat 70%. Time dia check berat PG 50g nih scale appear 50.01 gram, tp bank akan consider ia sebagai 50g gak. Dia pun cakap, benda ni normal. Kdg2 berat akan jd 49.99g, pun diaorg akan terima sebagai 50g. Tapi apa2 pun, yang penting emas Emirates dan Public Gold memang tarak tipu punya! GERENTI 100% TULEN!! hihi...

Lepas proses timbang ni, dia akan keluarkan Surat Akuan Gadaian. Dia jugak akan bagi kita satu surat jaminan utk kita tandatangan, surat ni sebagai jaminan kalau in case apa2 berlaku, pihak bank akan ganti balik emas kita ikut harga marhum. Pastu dia akan bg Surat ni dan Resit Pengeluaran utk proses amek duit di kaunter. SETTLE!! (",)

Di sini aku terang sket kira2 untuk proses ni...


Emas Emirates 10g x RM126.00/gram = RM1,260.00 (Nilai marhum)

First time gadai dapat 60%, jadi RM1,260 x 60% = RM756.00 (Jumlah pinjaman)

Upah Simpan utk 6 bulan = RM45.36 (RM1,260 x 0.60 /100 = RM7.56 sebulan) boleh sgt!!



Emas Public Gold 50g x RM126.00/gram = RM6,300.oo (Nilai marhum)

Second time gadai dapat 70%,jadi RM6,300.00 x 70% = RM4,410.00 (Jumlah pinjaman)

Upah simpan utk 6 bulan = RM283.50 (RM6,300 x 0.75 / 100 = RM47.25 sebulan) murah kan!


Surat Akuan Gadaian (Salinan kita)


Ni lah Surat Akuan Gadaian utk kita simpan. Time kita nak tebus emas kita nnt, bwk surat ni, jumlah pinjaman( kalo nak bayar sekaligus,leh jgak minta utk bayar bulan2) dan upah simpan. Senang kan! Tak smpi setengah jam dah settle proses merempit nih. hehehehe...

JOM SIMPAN EMAS!!!

Thursday, July 8, 2010

Pengenalan

Assalamualaikum rakan2 semua. Sebelum saya menulis lebih lanjut lagi, ingin saya memperkenalkan diri saya dulu, nama saya Mohd Najib bin Othman. Sebenarnya minat tentang emas ni bermula sejak saya melanggan newsletter dari sifu emas kita, En. Syukor Hashim yang juga founder Jutawanemas.com tahun lepas. Newsletter dari Jutawanemas.com memang banyak membuka mata saya tentang kelebihan, keistimewaan dan bagaimana kita boleh menjadikan emas sebagai satu medium untuk kita dalam aspek simpanan dan pelaburan terutama utk pelaburan jangka panjang. Tapi sebelum ni saya hanya mengikuti saja perkembangan emas ni sebab kekurangan modal untuk memiliki logam istimewa ni. Alhamdulillah, sekarang saya telah memiliki sedikit koleksi emas sebagai permulaan dan insyaallah akan menambah lagi koleksi2 ini untuk tujuan simpanan dan pelaburan...
Jadi jangan tunggu lagi, kalau ada modal tu jgn teragak utk membeli emas kerana kita tak kan rugi utk memilikinya,tapi kita yang akan rugi kalau tak memilikinya!! Renung-renungkan dan selamat mengumpul...;-)

Wednesday, July 7, 2010

ANAK EMAS PERTAMA AKU...


Salam semua. Kali ni saya just nak berkongsi pengalaman pertama membeli emas. Sejak 'terpengaruh' dengan kilauan EMAS ni, memang x sabar rasanya nak pegang EMAS sendiri! hehe...Bila dah ada modal sket terus aku sambar PG gold bar 50gram. Aku beli 'anak emas' aku ni dari bro Samurai...Aku beli ni pd 12/3/10, harga dalam RM6,550.00 time tu. Memang rasa best giler time tu! hehehe...Sampai sekarang 'anak emas' aku ni still dalam simpanan aku. Pasni nak belajar lagi ilmu2 EMAS ni,mcm mana nak tukar 50g ni jadi 100g, pastu jadi 200g, pastu jadi 500g, jadi 1000g@1 KILO!! PERGHHH...Nak jadi Jutawan Emas kena ada kurang2 8 kilo emas! So kena start dari sekarang lah, step by step...(",) Niat kena betul, displin kena kuat, dan yang paling penting ILMU kena banyak kalo nak main emas ni,pd pandangan aku lah. So apa lagi, jom pakat tukar Wang Fiat ke EMAS sekarang!!

Monday, July 5, 2010

Hukum Akaun Pelaburan Emas di Bank Malaysi

Hukum Akaun Pelaburan Emas di Bank Malaysia

Sumber : http://www.zaharuddin.net/

Soalan 1
Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut:
Bagaimana pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih.
Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank - Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja adakah ianya SAH disegi Islam?
Soalan 2
Saya telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service 1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas ini.

Dari maklumbalas yang diberikan ialah:

Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.
Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual.

Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.

Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.

Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.

JAWAPAN
Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.

Bagi mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut :-
Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.

Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut :-

• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepadaRiba an-Nasiah.
Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.

• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.
Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf'(hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).

• HALAL DAN SAH : Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-
a. Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.
b. Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191)



DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?
Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :

1- JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.

Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.

2- JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.
Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.
Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.

3- CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.
Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuksettlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.
Mengapa 3 hari? ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal' tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.

4- PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram.Untuk kira-kira buka di sini.
Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.
Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi' yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.

KESIMPULAN
Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan.

Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah LULUS.
Sekian